SENARAI JAWAPAN UNTUK SOALAN "
AKIDAH", "
IBADAT", "
AYAT ATAU HADIS KEFAHAMAN" ATAU "
SIRAH"
SEBAB / PUNCA / FAKTOR YANG MENDORONG SESEORANG MELAKUKAN PERKARA YANG DILARANG OLEH ALLAH S.W.T :
- Iman yang lemah / iman yang tidak mantap / iman yang tidak kuat
- Kurangnya pendidikan agama Islam / kurangnya penghayatan agama
- Kerana pengaruh rakan sebaya
- Kerana terpengaruh dengan keduniaan / terpengaruh dengan kebendaan / mengikut hawa nafsu / terpengaruh dengan media massa
- Tidak menghayati al-Quran / tidak membaca al-Quran
- Tidak mendengar nasihat orang yang baik-baik
- Kerana mahukan kebebasan / tidak terikat dengan peraturan
CARA MENGATASI / USAHA MENCEGAH / LANGKAH MENGELAKKAN :
- Kita perlu tingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah
- Ibu bapa wajib memberi pendidikan agama yang sempurna
- Rajin menghadiri majlis ilmu
- Mengadakan kempen / seminar yang berkaitan dengan soalan
- Mengenakan denda yang berat
- Melapurkan kepada pihak yang berkuasa
- Melaksanakan segala perintah Allah s.w.t setiap masa
- Sentiasa berzikir dan beristighfar kepada Allah s.w.t