Khamis, 24 Oktober 2013

ARAS PALING MUDAH UNTUK MENJAWAB SOALAN SPM PENDIDIKAN ISLAM KERTAS 1 ATAU KERTAS 2

SENARAI JAWAPAN UNTUK SOALAN "AKIDAH", "IBADAT", "AYAT ATAU HADIS KEFAHAMAN" ATAU "SIRAH"


SEBAB / PUNCA / FAKTOR YANG MENDORONG SESEORANG MELAKUKAN PERKARA YANG DILARANG OLEH ALLAH S.W.T :

  1. Iman yang lemah / iman yang tidak mantap / iman yang tidak kuat
  2. Kurangnya pendidikan agama Islam / kurangnya penghayatan agama
  3. Kerana pengaruh rakan sebaya
  4. Kerana terpengaruh dengan keduniaan / terpengaruh dengan kebendaan / mengikut hawa nafsu / terpengaruh dengan media massa
  5. Tidak menghayati al-Quran / tidak membaca al-Quran
  6. Tidak mendengar nasihat orang yang baik-baik
  7. Kerana mahukan kebebasan / tidak terikat dengan peraturan


CARA MENGATASI / USAHA MENCEGAH / LANGKAH MENGELAKKAN :

  1. Kita perlu tingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah
  2. Ibu bapa wajib memberi pendidikan agama yang sempurna
  3. Rajin menghadiri majlis ilmu
  4. Mengadakan kempen / seminar yang berkaitan dengan soalan
  5. Mengenakan denda yang berat
  6. Melapurkan kepada pihak yang berkuasa
  7. Melaksanakan segala perintah Allah s.w.t setiap masa
  8. Sentiasa berzikir dan beristighfar kepada Allah s.w.t

Tiada ulasan:

Catat Ulasan